Reformasi sistem pilihanraya negara kita
Perjuangan isu pembaharuan sistem pilihanraya di dalam negara kita ini bukanlah
baharu sifatnya dan keadaanya namun sejak Perikatan dan selepas dari itu Barisan
Nasional berkuasa iaitu dari 1955 @ 1959 lagi parti memerintah itu memonopoli
majoriti kecuali di Kelantan yang turun naik kemenangan dan kekalahan Bn@Umno.
Sejak zaman Tun Razak hingga anaknya kini Najib Razak, PAS sering melaungkan
reformasi sistem pilihanraya yang dimemonopoli oleh kerajaan Bn terutama kuasa
melantik Pengerusi dan ahli-ahli SPR adalah milik mutlak PM yang menasihati YDP
Agong untuk melantik si anu dan si anu. Tanpa ada komposisi seimbang antara pihak
kerajaan dengan pihak diluar kerajaan.
Sejarah SPR yang paling mengharukan ialah dibawah Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman
menyaksikan BN terpaksa akur dengan kekalahannya di Kelantan dengan jumlah 39-0,
Angkatan Perpaduan Ummah yang didokongi oleh PAS bersama S46 dan Hamim serta
Berjasa di Kelantan telah berjaya mengalahkan Umno bersama BN dikesemua kawasan
pilihanraya termasuk MBnya juga tewas iaitu Mohamad Yaakob. Ini berlaku pada tahun
1990 selepas Umno diharamkan oleh Mahkamah Persekutuan (Agung) diketuai Hakim YAA
Harun Hashim.
Yang mana selepas peristiwa hitam tersebut Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas pula
dikenakan tindakan oleh kerajaan Mahathir sehingga membawa kepada pemecatan Ketua
Hakim Negara bersama lagi beberapa hakim kanan yang menyebelahi Salleh Abas.
Maka dengan keberanian Mahathir berlakulah selepas penghujung 1998 dan awal 1990
pada bulan April diisytiharkan PRU ke 8 Umno berjaya dighaibkan oleh PAS dan
rakan2nya di Kelantan dan di Terengganu PAS bersama S46 berjaya memperolehi 9
kerusi dan begitu juga di Selangor S46 berjaya mendapat 1 kerusi, di Pahang 2
kerusi, di Kedah PAS juga mendapat 8 kerusi.
Selepas Mahathir memecat Anwar Ibrahim yang menjawat Timbalan Presdien Umno dan
juga Timbalan Perdana Menteri tanpa mengendahkan nasihat semua pihak maka berlaku
sekali lagi kejutan dalam pilihanraya negara ini apabila Barisan Alternatif
pimpinan Presiden PAS Dato Fadzil Noor (Allahyarham) bersama Datin Seri Wan Azizah
dan juga Lim Kit Siang hampir berjaya menumbangkan Bn dengan hanya kalah dengan
majoriti yang kecil di kebanyakan kawasan parlimen.
Gelombang kasihan dan simpati kepada kezaliman terhadap Anwar Ibrahim berjaya
menumbangkan Umno/BN di Terengganu dengan hanya meninggalkan hanya 4 kerusi kepada
Umno dan PAS berjaya memerintah Terengganu selama 1 penggal.
Kelantan pula masih mampu mempertahankan kekuasaan PAS di sana sejak 1999 sehingga
kini.
Sejak kes Anwar berjalan sehingga kini Bn bersama Umno tidak pernah kebah dari
demam panas yang teruk dan sejak pengunduran Mahathir sebagai Pm yang paling lama
dan walaupun digantikan oleh Pak Lah namun kepercayaan rakyat kepada mereka kian
pudar dan sambung menyambung kebencian rakyat tersebut sehingga pada PRU ke 12
menyaksikan ramalan Daim Zainuuddin bekas Menteri Kewangan tepat dengan Bn/Umno
kehilangan negeri emasnya iaitu Selangor diikuti oleh Pulau Pinang, Perak, Kedah
dan tradisi Kelantan.
Selepas Pak Lah dimalukan dan disingkirkan dengan penuh aib oleh gerakan Najib
Razak kononnya menyebabkan Bn/Umno kalah teruk dalam PRU 12 itu maka Najib cepat-
cepat dinobatkan sebagai PM ke 7 Malaysia.
Akan tetapi tentangan oleh apa yang digelarkan dan dikenali rakyat iaitu Pakatan
Rakyat yang mengandungi parti-parti yang membentuk kerajaan di beberapa negeri
itu telah mengasak Najib melalui parlimen dan media tradisional dan baru maka Najib
sedang trauma sehinggakan terciptanya fitnah ke 2 terhadap Anwar Ibrahim dikenali
sebagai Liwat II.
Dengan tercetus dan berjayanya perhimpunan aman Bersih 2.0 pimpinan Dato Ambiga
bekas Presiden Majlis Peguam dan hampir 60 NGO bersamanya maka Najib terpaksa
melakukan apa yang dikenali sekarang ini NIAT untuk memperbaharui sistem
pilihanraya dengan mencadangkan penubuhan jawatankuasa peringkat Parlimen dan ura-
ura kelulusan kabinet kepada penggunaa dakwat semasa membuang undi.
Dengan kejutan Bn kehilangan kuasa 2/3 di Parlimen ianya bakal mengejutkan lagi BN
dan tonggaknya Umno akan terus kehilangan kuasa memerintah di Putrajaya pada PRU ke
13 nanti. Ini bakal berlaku apabila rakyat berbilang agama dan bangsa merasakan BN
telah berada dipeghujung nyawa bila melihat keluar dengan kejatuhan mendadak
pemerintah samada di Tunis, Mesir, Libya dan akan menyusul di Syiria, Yaman hata
Arab Saudi sekalipun.
Tidak mustahil BN bersama Umno akan senasib dengan penguasa zalim di rantau Asia
Barat tersebut. Maka rakyat akan menunggu saat itu serta akan dapat mengeledah
pelbagai kemewahan penguasa zalim Umno dan BN bila saatnya nanti.