Pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed banyak rakyatnya yang bekerja di Malaysia memperolehi status penduduk tetap dan boleh mengundi mengejutkan banyak pihak. Sebelum ini tersedengar khabar yang tidak sahih pekerja Bangladesh di Malaysia memperolehi PR dengan bayaran kuran RM50 dan kad itu boleh diambil di kaunter JPN negeri. Kini semua berita itu tampaknya mempunyai asas dan PM bangladesh pula berbangga kerana rakyatnya akan menjadi penentu masa depan politik Malaysia
Sehubungan itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh menyelar projek menjual kedaulatan oleh kerajaan BN dan mendesak ditubuhkan segera suruhanjaya diraja untuk menyiasat kenyataan media Sheik Hasina
“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.
“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya
Beliau berkata demikiana apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd – laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Laman web dedah kenyataan PM Bangla
Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.
Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.
Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.