Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang akan dilancarkan pada minggu ini diyakini akan mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia yang dahagakan pembelaan.
Menurut Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Ir Khalid Samad, manifesto tersebut adalah yang terbaik sepanjang pembentukan pakatan pembangkang di Malaysia.
“Kami yakin dasar-dasar PH akan mendapat sambutan rakyat.
“Justeru, sekarang kami sedang berceramah untuk memberitahu rakyat mengenai manfaat yang dapat diperolehi jika kami menjadi pemimpin di peringkat kerajaan persekutuan.
“Kalau semua rakyat terutamanya yang tinggal di kawasan kampung tahu mengenai manifesto PH maka sokongan padu akan kita perolehi,” katanya kepada Suara pakatan daily.
Khalid juga membayangkan ketakutan BN akan hilang sokongan dalam pilihan raya umum ke 14 akan meningkat sebaik sahaja manifesto itu diumumkan.
Menurut Khalid lagi, apa sahaja tindakan BN mengalihkan isu seperti memainkan isu Robert Kuok ‘pengkhianat’ dan sebagainya tidak akan diterima rakyat.
“Kini pemimpin BN sudah takut kehilangan undi Melayu dan oleh kerana itulah mereka memainkan isu ‘Robert Kuok’.
“Walaupun demikian, isu tersebut tidak dapat menghapuskan beban kewangan yang sedang dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia.
“Oleh itu, kami harap rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu akan mengundi dengan bijak demi masa depan mereka. Jika tidak, kos sara hidup pasti akan meningkat lagi kerana Kerajaan BN tiada cadangan untuk menurunkan kos sara hidup,” katanya.
Antara manifesto PH yang akan dilancarkan adalah:
1. Gaji penjawat awam/ pesara dan bonus ditingkatkan.
2. Gaji Minimum RM1500.
3. Elaun Kebajikan/ OKU /Ibu tunggal ditingkatkan untuk minimum permulaan RM800 – RM1000
4. Lesen motosikal percuma.
6. Mansuh GST.
7. Stabilkan harga minyak di bawah paras RM1.50 seliter.
8. Bantuan pendidikan percuma.
9. Subsidi air percuma dan bil elektrik.
10. Mansuh PTPTN dan nikmati biasiswa/ pendidikan percuma.
11. Wifi percuma berkelajuan tinggi bandar serta luar bandar.
12. Royalti minyak kepada negeri negeri yang berhak
13. Menghapuskan tol di seluruh Malaysia.
14. Harga kereta baru lebih rendah serta cukai kereta import diturunkan.
15. Mewujudkan peluang pekerjaan lebih banyak.
16. Memperbanyakan rumah mampu milik bawah RM100,000 dengan insentif bantuan kerajaan.
17. Mengurangkan kos sara hidup rakyat.
18. Khidmat kesihatan percuma.
19. Gaji anggota polis/tentera akan ditingkatkan. Menaik taraf infrastruktur kuarters tentera dan polis dengan lebih baik.
20. Memansuhkan sistem AES
21. Mengembalikan wang rakyat 1MDB di luar negara kepada rakyat Malaysia.