Tindakan PAS meletakkan Non Muslim sebagai calon, Ramai netizen anggap bahawa PAS permainkan tafsiran ayat Quran yang selama ini mereka menganggap haram memilih Non Muslim sebagai pemimpin.
“Depa (mereka) dok play ayat quran haram pilih kafir sbg auliya. Last2 angkat kafir jugak”, Tulis Nizar nordin.
Berpegang dengan analogi yang pernah dibuat oleh Presiden PAS, bahawa melantik pemimpin ini sama seperti melantik imam solat. Justeru, seorang netizen menganggap ganjil dengan tindakan PAS angkat Non Muslim sebagai calon dalam PRU kali ini.
“Baguslah makmum islam pilih imam bukan islam?”, Soal Samsudin Abd Jalil
Malahan, ada sebilangan Netizen yang masih ingat lagi bahawa dalam ceramah PAS di era dahulu menuduh UMNO sebagai kafir, antara hujahnya bahawa UMNO berkawan dengan MCA dan MIC yang mereka tidak beragama Islam.
“Dulu ckp UMNO dan BN parti org kafir sbb bercampur dgn org kafir.. Skrg dh kne suap dedak / duit. Bergabung (pu)lak dgn BN, calon pun ambik yg bukan islam. Makin teruk dh PAS ni. Kat parlimen.. calon2 diowg Nk berhujah pun xreti.. Cara berckp mcm ckp2 kedai kopi. Ckp xde bukti dan usul. Xde calon yg berkualiti dh skrg”, tulis Nur Nadhirah
Terdapat juga sebilangan netizen yang menampilkan perasaan hilang kepercayaan dengan PAS kini, kerana dahulu mengatakan haram mengundi Non Muslim, sedangkan kini mengambil Non Muslim sebagai pemimpin.
“Bab ni aku tak minat. Mcm x ada calon islam. Kat sini mmg aku tak respek dah. Jgn putar2lah nak jadikan ianya betul. Ada sekor calon pulak (Balasubramaniam). siap dah mimpi jumpa Nabi Muhammad byk kali dlm mimpi dia. Nak tgk video…pergi kat wall saya. .aduhhh…PAS oh PAS….aku sangkakan tegak…bengkok jugak kamu”, Tulis DS Riduan AK.
Ternyata PAS terkena dengan “Fatwa” yang mereka perkenalkan sendiri. Tidak hairan, ramai Netizen anggap PAS adalah parti yang peralatkan agama, bukan beramal dengan agama.
“Nak cakap ekonomi, pemimpin PAS bodoh ekonomi.
“Nak cakap agama, pemimpin PAS cakap agama tak ada fakta. Nak lawan MAZA dan Rozaimi pun tak mampu.
“Jadi, cara terbaik untuk PAS, peralatkan agama untuk terus hidup”. – KhabarSiasah