Proses penamaan calon di Wangsa Maju, Kuala Lumpur hari ini berlangsung penuh drama selepas calon PKR Tan Yee Kew terlupa membawa kad pengenalan.
Kira-kira 9.30 pagi tadi, Tan Yee Kew tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana kegagalan menunjukkan dokumen penting itu.
Nasib PAS Razali Tumirin dan Yew Teong Look BN bagaimanapun baik.
Tanpa masalah, mereka dibenarkan memasuki dewan untuk mengemukakan kertas pencalonan mereka.
Bagaimanapun, kira-kira 11.15 pagi tadi, setelah proses yang lama, Tan boleh menghela nafas lega.
Berdasarkan gambar, beliau akhirnya berjaya mendapatkan kad pengenalan sebelum pencalonan ditutup.
Pegawai pilihan raya mengesahkan bahawa beliau dibenarkan bertanding di Wangsa Maju dalam pertembungan tiga penjuru dengan BN dan PAS. – Mkini