Naib Presiden PKR Tian Chua yang gagal mempertahankan kerusi parlimen Batu menyeru agar para penyokong Pakatan Harapan meneruskan kempen di parlimen Batu biar pun beliau ditolak pencalonan.
Bercakap di luar pusat menamaan calon beliau menasihatkan para penyokong agar mengekalkan post-post kempen dan meneruskan pemasangan bendera
Tian berkata, beliau dan pasukan undang-undangnya akan memulakan tindakan mahkamah pada Isnin ini
Katanya, tindakan pegawai pengurus pilihan raya yang menolak pencalonannya tidak akan melemahkan semangat perjuangan rakyat di Batu.
Beliau juga menyeru agar penyokong terus berkempen sehingga langkah seterusnya diumumkan.
Tian didapati tidak layak bertanding kerana hukuman denda RM2000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 Mac lalu. Sebelum itu beliau pernah didenda sejumlah sama, RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi dibenarkan bertanding pada PRU 13.
SPR jelas melanggar kes duluan (precedence) pada PRU lepas.
Selain itu, PKR Batu mungkin boleh meminta salah satu dari dua calon bebas mewakili parti itu. Hal itu pernah terjadi di Kedah apabila calon Bebas Bukit Selambau V. Arumugam menang mengalahkan calon BN pada PRU 2008.
Kerusi tersebut hampir dimenangi BN kerana calon PKR ditolak pencalonannya. Bagaimanapun tsunami rakyat ketika itu beralih memilih calon Bebas pada PRU 8 Mac 2008.
Arumugam kemudiannya menyertai PKR.