Tidak sekadar Ustaz Dusuki dan Ustaz Fawwaz Mad Jan yang terkenal membawa hadis palsu, Ustaz Nik Amar pula kali ini memfitnah Saidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan mendakwa sahabat Nabi besar itu membunuh bapanya.
“Saidina Abu Bakar (al-Siddiq) bunuh ayah dia sendiri, (iaitu) dalam peperangan Badar”, Kata Ustaz Nik Amar dalam satu ucapan yang dimaklumkan selepas dari penamaan calon.
Dalam sirah Islam, bapa Abu Bakar al-Siddiq bernama Osman bin ‘Amir al-Taimi, yang lebih dikenali dengan panggilan Abu Qahafa.
Menurut Al-Hakim al-Naisabiru, diriwayatkan dalam kitab Al-Mustadrak bahawa Abu Qahafa memeluk Islam pada tahun pembukaan Kota Mekah.
Malahan, dalam kajian sejarah membuktikan bahawa Abu Qahafa meninggal dunia pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab ketika berumur 97 tahun.
Jelas, dakwaan pemimpin tertinggi PAS itu terdapat dua fitnah kepada Sahabat besar itu; iaitu (a) fitnah mengatakan Abu Bakar Al-Siddiq bunuh bapanya, dan (b) mendakwa bapanya dibunuh dalam peperangan Badar.
Kesalahan fakta yang melahirkan imej buruk pada sahabat Nabi ini tidak boleh dimaafkan kecuali pemimpin PAS itu menarik balik maklumat itu secara terbuka. -Khabar siasah