Menjelang pilihanraya umum yang dijangka diadakan pada hujung tahun ini, BN Perak menghadapi krisis apabila calon-calon yang rapat dengan Menteri Besar Dr Zabry Kadir seolah-olah diketepikan.
Hal ini didedahkan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Dr Raja Ahmad Al Hiss. Menurutnya Umno bahagian dilihat mengetepikan calon pilihan Dr Zambry seolah-olah tidak menghormati kewibawaan beliau.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat keluhan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir berikutan senarai calon-calon Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang telah disenaraikan mendapat bantahan beberapa Ketua Umno Bahagian dan diketepikan.
“Inilah cabaran sebenar Datuk Seri Zambry apabila suaranya diketepikan. Melihat kepada saranan dan teguran Datuk Seri Zambry jelas bahawa kebanyakan calon yang telah dikemukakan mendapat bantahan awal.m
“Kebanyakkan calon yang dikemukakan adalah persetujuan Datuk Seri Zambry semata-mata tanpa mendapat mandat daripada Umno Bahagian terutamanya,” kata Dr Ahmad.
Katanya, halangan utama sekarang adalah kepimpinan Umno Bahagian yang tidak diberikan ruang yang sepatutnya oleh Datuk Seri Zambry. Tetapi nada Datuk Seri Zambry seolah-oleh akur dengan permintaan akar umbi bagi menentukan calon sebenar bagi BN kali ini dan bukanya Datuk Seri Zambry boleh meletakkan Pasukannya pada PRU 13 kali ini.