Dahulu, media perdana menampilkan bahawa pengikut al-Arqam amat mempercayai dengan mimpi ketua mereka, Ustaz Asaari sehingga ada sebilangan mereka mempercayai bahawa tokoh agama ini sebagai Imam Mahdi dan keturunan Bani Tamim.
Kebelakangan ini, keadaan hampir serupa berlaku pada PAS, iaitu apabila mimpi Presiden mereka, Abdul Hadi Awang menjadi sandaran dalam menentukan sesuatu keputusan.
Dalam keadaan ramai yang mempersoalkan, bagaimana orang yang bermimpi itu mengetahui bahawa individu dalam mimpi itu benar-benar Nabi, sebilangan Netizen pula menganggap, mimpi Haji Hadi sengaja disebarkan sebagai cara untuk kempen pilihan raya.
“Bila PRU mulalah nak bagi tau bab mimpi ni..jgnlah dijadikan modal politik pula pak lebai oii”, tulis seorang Netizen bernama Rizal Razman dalam Facebook beliau.
Seorang pensyarah di Universiti Malaysia menyatakan kehabisan hujah menjadikan pendekatan berpaut kepada mimpi.
“Biasanya psikologi org yg kehabisan hujah aqal (disamping naql) mereka akan berpaut dgn naratif mimpi syeikh. Itu lah yg berlaku pada tareqat2 sesat dan al Arqam”, Muhammad Azhar Zailani yang juga salah seorang pensyarah di Universiti Malaya.
Kebelakangan ini, banyak keganjilan menjadi amalan PAS, seperti menyuburkan amalan pemalsuan hadis yang berlaku pada Ustaz Dusuki dan Ustaz Fawwaz Mad Jan yang masing-masing menjadi calon PRU kali ini, juga dakwaan malaikat membawa IC, masuk ke syurga perlu kepada nombor keahlian, dan kini adalah mimpi pula.
Dakwaan mimpi berjumpa dengan Nabi, kini sudah menjadi sesuatu yang biasa dalam budaya beragama PAS, sehinggakan seorang ahli dewan himpunan PAS yang beragama Hindu mendakwa bahawa dia sudah berkali-kali berjumpa dengan Nabi Muhammad, dan ia dibenarkan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sebelum ini, Mufti Perlis mengkritik kepercayaan yang disandarkan kepada mimpi, terutama implikasi kepada mimpi terbabit membawa kepercayaan tidak salah mewujudkan permusuhan sesama muslim.