Bersempena Pilihanraya Umum, Dr Danial Zainal Abidin menegaskan bahawa pemimpin yang perlu dipilih tidak sekadar memakai kopiah dan amanah sahaja, tetapi perlu ada kemahiran terhadap pentadbiran.
“Meminta jawatan, walaupun dilarang bagi orang yang tidak layak, tetapi jika layak, (maka ia) diharuskan”, Kata Tokoh Pendakwah berasal dari Pulau Pinang itu.
Beliau mengingatkan dengan kisah Nabi Yusuf yang meminta jawatan sepertimana yang dikisahkan Al-Quran dalam merujuk pendapat beliau itu.
“Sekadar jujur (sahaja) tak cukup. (Tidak cukup juga) ada pakai ketayap (dan kata) Ana jujur, tetapi tak tahu buat kerja”, Ulas Dr Danial lagi.
Dalam ucapan, beliau amat menekankan pada perkataan “‘Alim” yang termaktub dalam Al-Quran. Merujuk kepada kitab al-Asas fi Al-Tafsir, karya Said Hawa, beliau menyatakan maksud dengan ‘alim itu adalah kemahiran dalam pengurusan yang melibatkan politik.
“Amat mahir, dan amat tahu dalam bidangnya”, kata beliau lagi.
Beliau turut menyatakan bahawa sebagai pengundi, perlu “guna otak” dalam mengundi dalam pilihanraya umum yang hampir ini. – Khabar siyasah