Semenjak bersahabat dengan PAS, BN tetap kekalkan amalan memberi pengundi wang untuk mendapat undi disamping disertakan surat Bai’ah sebagai janji dengan Tuhan bahawa tidak akan mengundi kecuali Barisan Nasional sahaja.
“Wallahi, wabillahitaufik, watallahi. Saya ………… (nama Penuh) ….. No. K/P…………. Secara sukarela bersumpah akan balik mengundi 2 calon Barisan Nasional peringkat DUN dan Peringkat Parlimen pada PRU-14. Saya juga akan merahsiakan bai’ah ini daripada pengetahuan sesiapa. Jika saya mengambil sumbangan ini dan ingkar sumpah saya ini, saya rela menerima laknat dan azab dari Allah SWT”, kandungan surat Bai’ah tersebut.
Sebelum ini, amalan Bai’ah menjadi perbualan dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga mendapat respon dari sebilangan mufti di Malaysia ekoran pengamalannya dilakukan oleh PAS.
Ada sebilangan pihak menolak amalan ini, kerana anggap amalan ini sebagai berdagang agama untuk kepentingan parti politik yang boleh melahirkan imej buruk pada agama Islam. – Khabar Siyasah