Sebaran hadis palsu amat popular berlaku dalam PAS, kemungkinan besar PAS antara kalangan yang tidak selesa dengan saranan Mufti Perlis yang mencadangkan akta hadis palsu.
“Sekarang ni, orang buat akta berita palsu. Sepatutnya mereka perlu lebih atas dari itu, iaitu akta hadis palsu”, Kata Dr MAZA dalam satu ceramah beliau.
Dalam hadis, Nabi saw ada menyatakan azab kepada mereka yang melakukan pemalsuan hadis, sehingga Nabi menyatakan bahawa mereka telah menempah satu tempat dalam neraka.
Sebelum ini, tersebar syarahan agama dari beberapa ustaz-ustaz PAS yang menyebarkan perkara palsu yang melibatkan Islam.
Disamping dakwaan agama berdasarkan mimpi dan malaikat turun membawa IC mengundi PAS, begitujuga dakwaan palsu yang disandarkan terhadap Imam al-Bukhari oleh Ustaz Fawwaz yang juga calon PAS di DUN Penanti dan pemalsuan hadis oleh Ustaz Dusuki yang juga calon PAS di DUN Kota anggerik. – Khabar siyasah