DAP Pulau Pinang mengajak orang ramai untuk melakukan apa sahaja cara untuk mengundi pada hari Rabu ini.
Naib Pengerusinya, Profesor P. Ramasamy berkata, semua pihak mempunyai hak dan perlu menunaikan kewajipan mengundi pada pilihan raya umum ke14.
“Kalau tak dapat cuti, ponteng kerja. Ambil cuti sakit dan pergi buang undi saja,” katanya.
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu berkata demikian di hadapan ribuan pengunjung yang hadir pada Ceramah Mega Pakatan Harapan di Perkampungan Juru, baru-baru ini.
Menurutnya, perkara itu sangat penting kerana hari membuang undi ditetapkan bukan pada hari cuti Sabtu atau Ahad, sebaliknya pada hari Rabu.
“Ini membuktikan BN sudah takut, dia takut kepada Pakatan Harapan. Pastikan kita menang. Kita mahu yang terbaik untuk generasi anak-anak kita,” katanya.