Pengundi di Lembah Kelang dikejutkan dengan berita yang tersebar melalui media sosial terdapatnya beberapa kejanggalan pada kertas undi dan proses pembuangan undi.
Di Parlimen Batu, pengundi mendakwa terdapat kertas undi yang mempunyai kesan tanda pada calon tertentu.
Menurut laporan polis yang dibuat pengundi terbabit, beliau cuba menukar kertas undi lain. Namun semua kertas undi mempunyai tanda.
Kertas bertanda biasanya akan dikira sebagai undi rosak sekiranya pengundi menanda pangkah pada kotak yang lain.

Laporan polis oleh beberapa orang pengundi di Parlimen Batu mendakwa kertas undi mereka ditanda pada nama calon tertentu
Pengundi membuat laporan polis kerana mendapat kertas tersebut.
Pengundi juga dinasihatkan meminta kertas yang lain sekiranya menghadapi situasi sedemikian.
Di kawasan DUN Melawati, Selangor, terdapat pengundi mendakwa pegawai yang mengeluarkan kertas undi tidak mengecop kertas undi. Kertas tanpa cop boleh dikira sebagai undi rosak.
Di Petaling Jaya juga berlaku hal yang sama dan didakwa beberapa ratus kertas undi awal tidak dicop.
Pengundi diminta memastikan kertas undi yang dicop sahaja diterima dan digunakan untuk mengundi.