BN menerima pukulan mengejut di Sarawak, apabila keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan ia kalah enam kerusi parlimen.
Antara yang menang adalah Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang merampas kerusi Parlimen Selangau daripada calon BN Rita Sarimah Anak Patrick Insol.
Kerusi itu adalah bekas kubu kuat PRS Joseph Entulu Belaun.
Selain Selangau, BN kalah kepada PKR di Saratok dan Puncak Borneo, sementara Mas Gading tumbang kepada DAP.
Saratok dimenangi oleh calon PKR, Ali Biju. Sementara itu calon DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen rasmi menang di Bandar Kuching dengan majoriti 35,973 undi.
BN juga gagal mempertahankan Julau, yang terlepas kepada calon bebas Larry Sng.
HARAPAN tidak bertanding di Julau untuk memberi laluan kepada calon bebas. – Mkini