Bagi orang Islam samada yang beriman kuat ataupun lemah samada yang slolat 5 waktu ataupun sering meninggalkan solat ataupun pasangan yang telah selesai kursus kahwin maka hukum untuk melakukan maksiat pada hari-hari tertentu ataupun menyambut tarikh tertentu termasuk hari yang dinamakan valentine day itu adalah jelas haram dan seharam-haramnya.
Harian bila melihat cara JAKIM melalui menterinya yang mahu mengadakan ops anti valentine kerana sedarkan pak menteri bahawa kerajaan BN lah yang menyuburkan sudut-sudut dan peraturan yang membolehkan maksiat dilakukan di tempat-tempat awam tanpa boleh mencegahnya dengan undang-undang syarak
Ini berlaku kerana kerajaan sekular BN mempunyai dasar dwi policy dimana ada masjid dan disitu didirikan juga kelab-kelab malam, disko dan juga bermacam nama planet dan zouk. Mungkin atas nama kebebasan yang melampau dan tanpa menghiraukan pegangan agama atau aqidah maka kebanyakan remaja muslim muda mudi Islam hanyut dan khayal dengan pancingan Yahudi dan Nasrani.
Setakat pendidikan sekolah agama pagi atau petang yang memperuntukkan 3-4 jam sehari bagi mempelajari agama asas maka ianya belum mencukupi untuk menangkis serangan Barat dan Yahudi terhadap cara hidup muslim.
Hasrat Ketua DPP Nasaruddin Hassan Tantawi sememangnya di alu-alukan atas nama dan tanggungjawab seorang pemimpin umat Islam untuk mencegah umatnya dari terjebak dengan maskiat. Tetapi JAKIM yang mempunyai kerajaan umat Melayu hebat di zaman ini sepatutnya bukan bertindak seperti Nasaruddin itu malah menjadi kerajaan contoh untuk mendidik rakyatnya samada muslim atau non muslim supaya lebih beretika dan bersopan dan menjaga zuriat mereka dangan betul dan benar.
Ini jelas bagi kerajaan BN yang membuat dan merancang pembangunan yang tidak seimbang dengan moral maka menyebabkan rakyat terkapai-kapai mencari ruang untuk hidup lebih bertamadun dan beretika. Cuba kita renung-renungkan contoh yang senang ialah siaran televisen dimana slot-slot didalamnya terbahagi kepada beberapa tajuk.
Jam 7 pagi ada Tanyalah Ustaz, maka si ustaz tersebut akan menerangkan tajuk-tajuk seperti Dosa Buang Bayi atau apa-apa tajuklah yang menyentuh soal orang Islam, manakala jam 9 pagi selepas itu adanya kartun atau masakan selepas itu pula ada berita ringkas atau negeri atau rancangan tajaan dan yang paling berkesan ialah tayangan klip video porna dan seksi yang jelas tidak sesuai sesekali dengan norma dan tatasusila orang Islam di Timur. Bagi pemerintah BN pula mereka menjadikan saluran TV sebagai propaganda mereka untuk memfitnah pihak lawan dengan semahu-mahunya.
Ini membawa erti bahawa dengan siaran TV satu pihak menyeru kebaikan dan satu pihak lagi merangsang masyarakat melakukan maksiat samada secara sedar ataupun sebaliknya. Hasilnya tiga pihak mendapat keuntungan langsung iaitu Tuan Punya stesen TV , Ustaz-ustaz yang menjadi tetamu atau penceramah dan juga penonton yang mirip mana-mana rancangan tersebut. Maka berleluasalah maksiat dan untunglah mereka yang menceburinya dengan dunia dan para penceramah atas nama dakwah pun mendapat manfaatnya.
Inilah yang dikatakan MACAM_MACAM ADA dalam TV iaitu syurga ada (jika ikhlas) dan nerakapun ada untuk semua pihak renungkan dan kaji dengan lebih mendalam.