Pakatan Harapan (HARAPAN) mengumumkan mereka kekal mendapat mandat untuk mentadbir Pulau Pinang untuk tempoh lima tahun lagi.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Kata Chow, DAP menguasai semua kerusi yang dimenanginya pada PRU lalu, termasuk Tanjung Bungah, Pulau Tikus dan Sungai Pinang yang sebelum ini bermasalah.
Sementara itu wakil BN – Gerakan, MCA dan MIC – sekali lagi kalah di semua kerusi yang mereka tandingi.
Setakat jam 9.40 malam ini penyokong HARAPAN sedang berkumpul di Hote City Bayview di George Town untuk meraikan kejayaan berkenaan. – Mkini
(Visited 127 times, 1 visits today)