CATATAN HUJUNG: Izinkan saya menulis panjang sekali lagi
Saya memerhatikan bagaimana gembiranya penyokong penyokong PAS terhadap kemenangan keatas Kelantan dan Terengganu.
Saya menulis dengan harapan, tuan puan yang membaca tulisan saya ini boleh memanjangkan tulisan ini sehingga sampai ke telinga penyokong PAS.
Mereka bersorak gembira, kerana Kelantan dan Terengganu telah kembali ke tangan PAS, mereka juga bersorak gembira bertakbir dengan menyatakan PAS boleh menjadi Kingmaker di Perak.
Mereka bertakbir sekuat kuat terhadap kedudukan kerusi DUN di Kedah, dengan harapan BN akan join mereka atau terwujudnya kerajaan campuran.
Saya mempunyai bayangan terhadap apa yang akan berlaku, berikut ini bayangan saya..
Duit ke poket Najib
Seperti kata Tun M, “kami tidak ingin untuk membalas dendam, tetapi kami akan memartabatkan undang undang”.
Tun M dan seluruh MP yang menyokong PH, setelah mengangkat sumpah sebagai PM ke 7 di Malaysia, setelah mengistiharkan barisan Kabinet Menteri, pertama tama sekali akan membuka siasatan terhadap 1MDB.
Satu public inquiry akan dibentuk dan menyiasat habis habisan semua angka yang terseleweng di dalam 1MDB.
Semua angka angka ini akan dijejaki sehingga ke titisan akaun yang terakhir, sehingga sampailah ke akaun Najib tentang bagaimana 2.6B boleh terterjah ke akaun peribadi Najib.
Sampailah dari akaun Najib, akan dijejaki duit rakyat berkenaan tentang siapa yang telah menerima nya, termasuklah pemimpin PAS yang dituduh menerima RM90J dari Najib.
Semua jejak ini saya pasti akan diketuai oleh Sdr Rafizi Ramli, dan didalam Public Inquiry DiRaja ini semua yang terlibat akan dipanggil untuk mendedahkan akaun dan transaksi masing masing.
Hasil daripada Public Inquiry DiRaja ini, akan dirumuskan dan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk dibuka kes di Mahkamah Persekutuan, atau secara terus kepada Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Akaun peribadi
Sekiranya kes berada di Mahkamah Persekutuan, maka yang dituduh berkenaan akan didakwa.
Semua duit 1MDB yang masuk ke akaun peribadi masing-masing, termasuk ke dalam akaun peribadi pemimpin PAS atau akaun PAS sendiri, akan diaudit pergi kemanakah duit rakyat ini.
Jika duit rakyat ini dijejaki dan disahkan digunakan untuk kempen pilihanraya ke 14, samada oleh BN, atau PAS, satu permohonan rasmi akan dibuat oleh Suruhanjaya Pendengaran Awam DiRaja untuk membatalkan kemenangan wakil wakil PAS dan BN., Samada untuk kerusi DUN mahupun Parlimen.
JIKA ITU BERLAKU
Akan berlakulah pilihanraya baru terhadap semua kerusi kerusi DUN dan Parlimen baik dimenangi PAS atau UMNO.
Kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu akan diisytiharkan tidak sah.
Kali ini, penyokong PAS akan mengetahui bagaimana rupanya hati ulama ulama PAS , bagaimana dahsyat nya sandiwara ulama ulama PAS.
Kali ini mereka akan menelan sesuatu yang terlalu pahit, semua ludah mereka terhadap Parti Amanah Negara akan menjadi satu igauan ngeri.
Terbogel habis semua yanh selama ini disembunyikan oleh ulama ulama PAS melalui hadis hadis dan ayat Al-Quran yang digunakan untuk memperbodohkan penyokong tegar PAS.
SPR baru
SPR akan diganti dengan kepimpinan baru, barangkali Datuk Ambiga akan diangkat menjadi pengerusi.
Pada waktu tersebut, pilihanraya tidak akan lagi menjadi pilihannya blackout, tetapi pilihanraya paling telus.
Dahulu sebelum PRU ke 14, kita dimasukkan ke dalam neraka oleh pendokong-pendokong PAS.
Kali ini, mereka berdepan dengan “neraka” yang mereka cipta. Pemimpin PAS yang terlibat didalam mengambil 90J semestinya akan diadili sebaik baiknya melalui lunas undang-undang Malaysia.
Kali ini Kelantan dan Terengganu akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan, Kelantan akan kembali dikemudi oleh Ustaz Nik Omar manakala Terengganu, well, nanti mereka pilihlah diantara mereka.
Semua kerusi kerusi PAS dan UMNO yang dimenangi, akan bertukar milik kepada PH.
Kali ini penyokong PAS akan mempelajari sesuatu yang sangat penting didalam siasah Islam, iaitu Islam diperjuangkan melalui akhlak terlebih dahulu.
Itulah yang saya bayangkan, itulah yang saya rasa akan jadi..
Sebab itu Sdr Husam Musa tak mengomel berkenaan kekalahan mereka, sebab mereka tahu, inilah yang akan berlaku kelak selepas 6 bulan PH memerintah Persekutuan.
Sesungguhnya inilah bayangan yang saya bayangkan, yang bakal terjadi.
Penyokong tegar PAS, berdoalah ini akan terjadi, dan anda akan lihat sendiri, akhlak ulama ulama PAS yang anda puja puja.