Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu hari ini menolak permohonan bekas ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi untuk menyertai BERSATU tanpa rundingan.
Dalam satu kenyataan, Ahmad Faizal berkata beliau hanya menyedari pengkhianatan Jamaluddin terhadap kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak pada tahun 2009 selepas menerima permohonannya semalam.
“Saya dimaklumkan kehadiran saudara Jamaluddin Mohd Radzi yang telah menjadi salah satu faktor pengkhianatan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat sehingga berlaku krisis pentadbiran di negeri Perak pada tahun 2008.
“Untuk itu setelah mengambil maklum semua perkara dan asas yang kukuh saya dengan ini memaklumkan bahawa permohonan beliau untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah
ditolak tanpa rundingan.
“Keputusan ini diambil atas prinsip bahawa setiap kemasukan sesiapa sahaja ke dalam Pakatan Harapan khususnya di Negeri Perak akan dibawa untuk pertimbangan yang tegas agar segala episod duka rakyat tidak berulang,” katanya.
Pada tahun 2009, Jamaluddin melompat dari PKR untuk menjadi ADUN Bebas dan kemudian menyokong BN.
Ini mencetuskan krisis perlembagaan Perak, yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat ketika itu.
Semalam, Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh mengutuk langkah Ahmad Faizal untuk menerima Jamaluddin ke dalam parti komponen HARAPAN. – Mkini