Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menamakan dua lagi menteri kabinet utama kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Beliau hanya mengumumkan dua jawatan kabinet yang akan disandangnya pada portfolio Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyandang jawatan menteri dan Kementerian Wanita dan Kebajikan.
Pengerusi PH itu berkata, buat masa ini hanya lima kementerian ditentukan dan akan mengadakan angkat sumpah jika mendapat persetujuan pihak Istana Negara.
“Kita akan mengangkat sumpah pada Isnin, jika dapat persetujuan istana. Saya telah tentukan lima kementerian sahaja dan kita akan lantik lagi lapan kementerian akan diumumkan kemudian. Kita nak membentuk 13 kementerian utama untuk mencukupi jumlah semua 25 kabinet,” ujarnya yang tidak menyebut portfolio tambahan kepada tiga kementerian tersebut yang sebelum ini hanya 10 kementerian utama.
Barisan kepimpinan utama PH yang hadir pada Mesuarat Pertama Majlis Presiden PH selepas menang pilihan raya umum ke -14 baru-baru ini.
Jelasnya lagi lapan kabinet itu setiap parti hanya akan diwakili dua menteri sahaja.
“Ia tidak menunjukkan kekuatan parti ada parti mana yang lebih ramai dan kurang (kerusi).” ujarnya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat Majlis Presiden PH kali pertama diadakan selepas PH membentuk kerajaan baharu pada 10 Mei lalu.
Pada 17 Mei lalu Dr Mahathir menamakan 3 portfolio utama bagi mengisi jawatan Menteri Dalam Negeri (Tan Sri Muhyiddin Yassin); Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) dan Menteri Pertahanan (Mohamad Sabu).
Manakala baki lima lagi kementerian iaitu Pembangunan Luar Bandar, Ekonomi, Kerja Raya Multimedia Sains dan Tekonologi dan; Kementerian Luar yang diumumkan sebelum ini akan dilakukan secara berperingkat sehingga kepada 15 kementerian lagi bagi melengkapkan 25 kementerian.
“Kita akan kecilkan kabinet kepada 25 tetapi mungkin di masa depan kita akan tambah melihat kepada sokongan yang boleh didapati oleh kita.” ujarnya. – MD