Walaupun telah dua tahun kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak digulingkan melalui rampasan kuasa BN namun banyak konsep pentabiran PR yang masih diteruskan sehingga ke hari ini. Oleh itu, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak Dr Raja Ahmad Al-Hiss,
tidak hairan apabila sesetengah pihak melabelkan MB Perak sekarang Dr Zambry peniru dasar PR bagi meraih populariti.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Perak tidak hairan sikap yang selalu ditunjukkan oleh Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir di dalam menguruskan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak yang acap kali meniru dan mencontohi apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kedah atau pun Kelantan.
“Ianya juga bukti kewibaan dan ketulusan Kerajaan Negeri PR yang menjadi perbualan ramai dan akhirnya turut diikuti oleh Kerajaan Negeri di bawah Barisan Nasional (BN) termasuk di Perak yang mana Datuk Seri Zambry mengakui akan mengikutinya dalam isu perbelanjaan rizab berbaki untuk perbentangan Bajet 2012 nanti. Kami mengalu-alukan semua tindakan tersebut demi kebaikan untuk rakyat keseluruhannya dan malah kami yakin ketelusan sahaja masih belum dapat dilihat melalui pentadbiran BN ini.
“Kami juga melihat kesan pemerintahan 11 bulan PR Perak juga telah diakui oleh Umno / BN apabila mereka meneruskan pembaharuan-pembaharuan yang baik untuk rakyat seperti pemberian air percuma 20 meter padu, dana-dana pendidikan dan warga emas serta banyak lagi. Perkara ini tidak dapat dinafikan oleh Datuk Seri Zambry termasuklah watak atau pendekatan yang menjadi ikutannya daripada Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu ketika sebagai orang nombor satu Perak.
“Daripada perkara besar hinggalah yang sekecil-kecilnya seperti memegang kanak-kanak, memberikan takzirah di surau, menaiki bas dan banyak lagi contoh kecil seumpama ini, katanya.