Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan akan membatalkan projek MRT 3, sehari selepas perdana menteri itu berkata tidak akan meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) bernilai RM110 bilion.
Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan hari ini, Dr Mahathir turut mengumumkan program pendidikan awal Permata Negara di bawah naungan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, akan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.
Selain itu, Dr Mahathir juga mengumumkan beberapa inisiatif untuk rakyat, antaranya:
- Kerajaan menubuhkan dana khas yang dikenali sebagai “Tabung Harapan Malaysia” untuk membolehkan rakyat Malaysia menyumbang bagi menyelesaikan hutang negara;
- Kerajaan mengumumkan pemberian bayaran khas RM400 untuk penjawat awam bagi gred 41 dan ke bawah manakala RM200 untuk pesara kerajaan yang akan dibayar 6 Jun ini;
- Kerajaan mengumumkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan pada September tahun ini dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST);
- Kerajaan mengumumkan harga RON 95 dan diesel akan dikekalkan, manakala harga RON97 akan diapungkan mengikut harga pasaran;
- Kerajaan akan memberikan bantuan sara hidup kepada rakyat bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M);
- Kerajaan mengumumkan diskaun sebanyak 50% akan diberikan pada sambutan Aidilfitri nanti iaitu 2 hari sebelum Hari Raya membabitkan semua lebuhraya;
- Kerajaan bersetuju dengan penubuhan majlis penasihat pertanian negara dan melaksanakan skim kawalan harga sempena hari raya.
- Kabinet tidak membincangkan mengenai kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tetapi akan berunding dengan ulama Islam pada masa akan datang.
“Kita gagal melakukan banyak amalan Islam, dan agama digambarkan sebagai keras dan memaksa,” katanya.
Kerajaan akan membangunkan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) milik Malaysia yang menjadi pertikaian dengan Singapura. - Kerjasama perdagangan dengan negara luar akan ditentukan menteri Kabinet.
“Kami tidak memikirkannya. Pendirian peribadi saya akan diputuskan oleh rakan-rakan saya dalam Kabinet. Saya bukan lagi diktator,” katanya. – FMT
(Visited 151 times, 1 visits today)