Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak percaya parti yang berasaskan agama seperti Pas mempunyai masa depan di dalam lanskap politik hari ini.
Beliau berkata demikian ekoran desas-desus mengatakan Umno sedia bekerjasama dengan Pas yang dilihat rapat sebelum PRU14 lalu.
Malah tegas beliau Umno lebih rela bekerjasama dengan DAP dan PKR daripada Pas.
“Saya tidak fikir begitu, saya tidak fikir kami akan bekerjasama, kerana kedua-dua akan bertanding di kerusi yang sama,” katanya seperti dilapor portal Projekmm.
“Saya pastinya bukan pendukung idea perjuangan Islam. Saya tidak dapat menerima politik berasaskan agama, malah saya menentang keras.”
Tambahnya, Malaysia sebagai negara majmuk tidak dapat sejalan dengan politik keagamaan yang dibawa Pas.
“Saya lebih rela bekerjasama dengan DAP dan Keadilan (PKR) kerana saya sendiri bukan pendukung ideologi perjuangan Islam,” katanya.
Dalam pilihan raya lalu, Pas menang 18 kerusi parlimen dan Umno pula menguasai 54 kerusi. Buat pertama kali Umno berada di blok pembangkang – MD