Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjadi anggota Parlimen Umno terbaharu yang meninggalkan parti itu.
Ia menjadikan jumlah ahli Parlimen Persekutuan bagi parti utama dalam Barisan Nasional (BN) itu seramai 52 orang.
Dalam sidang akhbar secara langsung yang disiarkan di laman Facebook Perak Today, beliau berkata akan memfakskan surat peletakan jawatannya, yang berkuatkuasa mulai 1 Julai, ke ibu pejabat Umno.
Beliau juga berkata tidak menyertai mana-mana parti politik lain selepas meninggalkan Umno.
“Saya tidak menyertai mana-manapun. Saya akan menjadi bebas,” katanya.
Keputusannya itu dibuat selepas tiga hari rakan seperjuangannya, Dr Noor Azmi Ghazali keluar daripada parti itu. – TMI