Ahli parlimen Lumut Dr Hatta Ramli menempelak calon-calon presiden Umno yang sedang berkempen dengan teori kononnya parti tersebut akan merampas kuasa daripada Pakatan Harapan (PH) sebelum tamat penggal sehingga 2023.
Menurut Dr Hatta, hujah yang dikemukakan oleh calon-calon tersebut akan berunding dengan parti-parti dalam PH untuk belot dan menyokong Umno adalah karut.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar pemangku Presiden Umno yang berkempen meyakinkan penyokong dengan ‘temberang’ parti itu akan kembali berkuasa agar menghentikannya serta-merta.
“Zahid patut jaga hal Umno dan jangan sibuk dengan hal Pakatan.
“Sejak beliau mengambil-alih Umno, rakan-rakan gabungan telah meninggalkan BN dan kini dua Ahli Parlimen Umno pun telah meninggalkan parti itu.
“Era Umno dan BN sudah berlalu dan menjadi sejarah. Sekarang ialah era Pakatan Harapan iaitu era yang baru untuk semua rakyat Malaysia,” katanya kepada Suara pakatan daily.