Kementerian Kewangan mengesahkan masalah kewangan yang dihadapi kini adalah disebabkan penyelewengan yang dilakukan kerajaan terdahulu.
Tanpa menamakan pemimpin yang dimaksudkan, ia dipercayai merujuk kepada pemerintahan BN pada sebelum ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu menyebabkan banyak perkara yang dirancang untuk manfaat rakyat terjejas.
“Keadaan ekonomi kita akan bertambah pesat dengan penghapusan GST dan digantikan dengan SST.
“Kalau bukan kerana isu berlian dan kapal mewah, mungkin keadaan kewangan kita semakin baik.
“Tetapi saya rasa sedih dan sakit hati sebab duit rakyat diperlakukan sedemikian,” katanya kepada Suara pakatan daily.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, keadaan kewangan negara juga kemungkinan akan lebih baik berbanding sekarang jika duit rakyat dibelanjakan dengan betul.
Beliau berkata demikian semasa ucapan pada majlis sumbangan untuk keluarga miskin yang berlangsung di Juru Autocity Concept Hall, baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai penganjuran program itu, beliau berharap ia dapat dicontohi oleh NGO lain kerana kerajaan sedang mengalami masalah kewangan.
“Apabila keadaan ekonomi kita semakin pulih setahun dua lagi, kita akan ambil alih semula tugas ini,” katanya.