Putrajaya akan mengumumkan pelan untuk memecah monopoli perniagaan gula yang selama ini menyebabkan kenaikan harga bahan asas itu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Saya pengumuman akan dibuat berhubung harga gula oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Dal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya kepada Dewan Negara pada sesi soal jawab hari ini.
Lim berkata, harga runcit gula adalah RM2.90 sekilogram berbanding harga sepatutnya iaitu RM1.40.
Harga runcit gula di Malaysia kini adalah RM2.95 sekilogram untuk gula putih kasar manakala RM3.05 untuk harga gula putih halus.
Kebanyakan bekalan gula di Malaysia adalah diimport. – TMI
(Visited 185 times, 1 visits today)