Rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke bawah dari semua kumpulan etnik utama menolak pakatan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 9 Mei lalu, menurut kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre.
Daripada 2,209 responden pada kaji selidik pasca pilihan raya, sejumlah 558 orang adalah pengundi di bawah umur 30 tahun. Daripada kumpulan ini, terdapat penolakan yang besar terhadap BN, kata penyelidik Ehsan Shahwahid.
“Bagi imej BN, kami menemubual 558 pengundi bawah umur 30 tahun dan majoriti mereka 84%, menolak BN dan melihat mereka dari sudut pandangan negatif,” katanya pada sebuah forum yang diadakan malam tadi.
Belia Melayu mencatatkan jumlah tertinggi yang menolak BN, diikuti etnik Cina dan India.
“Melayu adalah yang paling ramai menolak parti itu dengan 88 responden menyatakan parti itu sudah tercemar diikuti Cina 82 responden dan India 65 responden,” kata Ehsan.
“Belia yang ditemubual juga mendedahkan mereka melihat imej positif kepada PH namun keutamaan yang dinyatakan adalah berhubung hal ehwal ekonomi, situasi kewangan dan penyelewengan.”
Kaji selidik Merdeka Centre dijalankan menerusi telefon pada 16 Mei hingga 21 Mei yang melibatkan 2,209 pengundi daripada kesemua 222 kawasan Parlimen.
Jumlah responden terdiri daripada 52% Melayu, 28% Cina dan 7% India.
Kajian itu juga mendapati penolakan terhadap BN lebih tinggi di Semenanjung Malaysia berbanding Sabah dan Sarawak, pengundi dari kedua-dua bandar dan luar bandar berkongsikan pandangan yang sama menolak pakatan yang memerintah Malaysia sejak lebih enam dekad lalu.
“Semenanjung Malaysia merekodkan jumlah tertinggi yang menyatakan tidak suka kepada BN, di Malaysia Barat, jumlahnya agak jauh ke belakang. Pengundi bandar dan luar bandaryang ditemu bual menyatakan pandangan yang sama terhadap BN. Mereka menolak parti itu,” kata Ehsan.
Katanya ia berdasarkan persepsi terkini, BN perlu penambahbaikan dan pembaharuan imej.
“BN perlu penyusunan semula dan mencari cara untuk lebih baik. Tiada lain lagi.”
Ehsan berkata manifesto Pakatan Harapan turut memainkan peranan utama yang membawa kejayaan pakatan pembangkang.
“Yang paling penting adalah pemansuhan manifesto GST, untuk stabilkan harga minyak dan menyelesaikan isu skandal utama. Itu yang kebanyakan pengundi kami temu bual lebih memilih janji PH,” tambahnya.
Ehsan berkata kebanyakan responden menyatakan keyakinan dan harapan mereka Pakatan Harapan mampu membawa perubahan dalam hidup dan situasi ekonomi.
“Daripada 2,209, 81% mendedahkan mereka amat yakin dengan PH dan mereka percaya PH mampu membawa perubahan,” tambahnya.
Beliau juga memainkan pergerakan Undi Rosak, yang menggesa para pengundi untuk merosakkan undi mereka sebagai tanda protes terhadap kedua-dua pakatan, dengan mengatakan bahawa hanya 3% daripada 2,209 responden yang bersetuju dengan pergerakan itu. – TMI