Tahap persaingan orang Melayu perlu ditingkatkan sebelum negara boleh menerima kemasukan lebih ramai pemodal dari China, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, kemasukan lebih ramai warga China sebagai pemaju dan pemilik hartanah akan menyebabkan orang Melayu lebih terpinggir.
Bagaimanapun, Malaysia mengalu-alukan sekiranya warga China membuka kilang dan menggunakan tenaga tempatan sebagai pekerja,
Namun pelaburan itu tidak harus diguunakan untuk membeli hartanah dan membuka bandar yang tidak mampu dimiliki orang tempatan – hatta sebuah kondominium sekali pun, katanya.
“Kita perlu akui kelemahan kita dan melindungi diri kita sehingga dapat bersaing pada satu hari nanti,” katanya sewaktu merasmikan Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 pagi ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh para peserta mengenai langkah kerajaan untuk membantu usahawan tempatan dalam bersaing dengan China. – TMI