Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibebaskan daripada pertuduhan rasuah berhubung kes pembelian banglo bawah harga pasaran.
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang turut membebaskan seorang lagi defenden yang merupakan ahli perniagaan, Phang Li Koon.
Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan bersetuju menarik balik semua pertuduhan.
Penarikan itu dibuat selepas pihak pendakwaan meneliti representasi yang dikemukakan Guan Eng dan Li Koon kepada Jabatan Peguam Negara pada 6 Julai lalu.
Mahkamah bersetuju membebaskan kedua-dua mereka dengan segera tanpa perlu dipanggil semula.
Guan Eng ketika ditemui di pekarangan mahkamah menzahirkan rasa syukur dengan pembebasan itu.
Setiausaha Agung DAP itu turut menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan kepadanya dan keluarga.
“Saya sebenarnya dah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
“Tetapi saya tak sangka mahkamah akan buat keputusan membebaskan kami pada hari ini.
“Saya sangat bersyukur. Ini terbukti tuduhan pihak berkenaan jelas tidak benar,” katanya.
(Visited 154 times, 1 visits today)