Suruhanjaya Komunikasi , Multimedia dan Kebudayaan (SKMM) didesak agar mendedahkan segera identiti Makcik Hajah Sitt Al Wazura yang selama ini berterus-terusan menghina Islam dan nabi Muhammad s.a.w. Setelah blognya disekat, pelaku berkenaan beralih kepada twitter pula untuk meneruskan niat jahatnya.
Setiausaha Jingga 13, Mohd Nizam Saad menggesa agar SKMM tidak bertolak ansur dengan kegiatan individu terbabit setelah Menteri Komunikasi, Multimedia dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyatakan SKMM telah berjaya mengesan pemilik Facebook , Twitter dalam sesawang yang mengunakan nama Makcik Hajah Sitt Al Wazura. Menurut pihak SKMM, pelaku itu dikesan tinggal di Sweden dan SKMM telah memperolehi maklumat mengenai keluarganya serta mengemukakannya kepada pihak peguam negara.
Namun individu tersebut tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana berada di dalam perjalanan antarabangsa. SKMM telah berhubung dengan interpol serta bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia di atas kes tersebut .
“Jingga 13 merakamkan ucapan syabas terhadap usaha yang dilaksanakan SKMM dalam menangani dan menyiasat individu yang dikenali Makcik Hajah Sitt Al- wazura setelah memorandum daripada Jingga 13 berkenaan isu penghinaan terhadap Islam dan terhadap DYMM Di Pertuan Agong diserahkan tempoh hari.
“Namun begitu kami menganggap isu ini masih lagi belum selesai selagi individu yang biadap itu masih belum ditangkap dan didakwa di atas kesalahan yang melampau menghina Allah , Rasulullah dan Islam serta sikap yang kurang ajar pada DYMM Di pertuan Agong,” katanya.
Justeru, menurut Mohd Nizam, Jingga 13 memohon agar SKMM mendedahkan gambar dan identiti manusia biadap dan kurang ajar berkenaan sebagai pengesahan dan dapat dikenali oleh masyarat khususnya seluruh rakyat Malaysia. katanya, Jingga 13 menganggap isu ini masih dilihat umpama “melepaskan melepas batuk di tangga ” dan tidak diberikan perhatian serius oleh pihak menteri dan SKMM jika indenditi pelaku itu tidak didedahkan
“Pesalah yang menghina Islam ini seharusnya di cari walau ke lubang cacing sekali pun kerana ia melibatkan maruah agama dan Agong yang di hina dan dicaci serta agama Islam sebagai Agama Rasmi negara.
“Kami juga mendesak agar individu atau sesiapa sahaja dikenakan tindakan sekeras-kerasnya bagi membendung individu atau sesiapa sahaja dari bertindak biadap terhadap mencalar sensetiviti yang boleh membina mencetus kehormanian , kesucian dan mengugat dan keharmonian antara agama dan kaum,” Nizam lagi.