Datuk Seri Anwar Ibrahim terbuka dengan cadangan untuk mewujudkan jawatan khusus untuk Tun Dr Mahathir Mohamad selepas beliau bersara daripada menjadi perdana menteri.
Proses peralihan itu dijangka dalam masa dua tahun, tetapi Mahathir berulang kali menyatakan bahawa tempoh masa itu adalah fleksibel, dan ini mencetuskan spekulasi mengenai masa depan politik Anwar.
Bercakap kepada Channel News Asia, Anwar berkata, mewujudkan satu peranan khas seperti menteri kanan atau menteri mentor di Singapura tidak akan menjadi “masalah” jika hubungan antara beliau dan Mahathir kekal mesra.
“Mahathir selalu berkata kepada saya: ‘Kamu bersara, bersara’.
“Tetapi kita terbuka – selagi hubungan itu bukan sahaja mesra tetapi hubungan kerja berdasarkan kepercayaan, saya tidak melihat sebarang masalahnya sama sekali,” katanya.
Walau bagaimanapun, Anwar percaya bahawa Mahathir, 93, tidak akan berminat untuk kekal dalam kerajaan pada ketika itu.
“Saya tidak percaya – selepas perbincangan dengan Mahathir – berminat untuk memegang jawatan dalam kerajaan.
“Tetapi saya fikir kita harus menggunakan kepakaran dan pengalamannya untuk membantu dan merumuskan beberapa dasar dan juga membantu dalam menjelaskan atau mewujudkan hubungan di dalam negara dan di luar negara,” katanya.
Pada masa ini, Anwar berkata beliau komited untuk menyokong Mahathir dan membantu perdana menteri dalam mereformasi negara.
“Walaupun saya memimpin parti dengan jumlah besar ahli parlimen, kedudukan saya jelas.
“Kamu mempunyai perdana menteri, kamu perlu memberinya sokongan, kamu memberinya latitud dan kami memberi dia jaminan bahawa seluruh parti dan jentera bersamanya melakukan pembaharuan,” katanya. – Mkini