PAS Selangor tidak senang dengan perkembangan berkenaan yang dibimbangi “bertujuan menimbulkan buruk sangka dan salah faham di antara agama,” kata timbalan pesuruhjayanya Khalid Samad.
“Kalau kita baca dan dengar ucapan oleh orang tertentu maka nampak gaya itulah premis mereka.
“Kalau ia sebegitu ia bukan perhimpunan untuk mantapkan akidah umat Islam kerana caranya bukan dengan lagakan orang Islam dengan Kristian atau pihak lain,” katanya dalam sidang media sebelum itu di parlimen.
Beliau turut mengingatkan penganjur supaya ambil kira perkara tersebut dan “jangan terpengaruh dengan permainan politik yang berlaku di negeri Selangor.”
Khalid juga bimbang sekiranya sokongan ke atas kerajaan Selangor terjejas akibat isu yang ditimbulkan itu.
Tambahnya, PAS Selangor pada asasnya menyokong prinsip asas untuk mengadakan perhimpunan itu.
“(Tapi) kalau betul ada agenda untuk lagakan orang Islam dan Kristian, dan menimbulkan kesangsian di kalangan mereka, kemungkinan kita akan tarik diri,” katanya.