NGO Persatuan Ulama Malaysia tidak akan menyertai perhimpunan Himpun di Shah Alam pada hari Sabtu ini demikian kenyataan yang dimaklumkan oleh Yang DiPertua PUM Ybhg Dato Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir ketika ditemui selepas solat Jumaat sebentar tadi. Sebarang berita yang mengaitkan PUM dengan Himpun adalah tidak tepat samasekali.
Menurut YDP Persatuan Ulama Malaysia itu yang juga mantan Mufti Kerajaan Terengganu itu satu perjumpaa telah diadakan semalam dan mengesahkan bahawa laporan sebelum ini yang menyebut PUM juga mendokong Himpun adalah tidak benar bahkan tetap dengan pendirian untuk tidak menggunakan perhimpunan seperti itu untuk tujuan yang disebutkan oleh pihak penganjur.
Dengan perkembangan ini maka selain PAS, PKR dan juga beberapa lagi NGO dengan tegas tidak mencampuri tujuan Himpun diadakan. Pro dan kontra pelaksanaan Himpun diragui oleh sesetengah pihak kerana dibimbangi tercemar dengan tujuan yang tidak selari dengan isu-isu syariah yang lain seperti pelaksanaan Hukum Islam yang menyeluruh oleh pihak berkuasa persekutuan termasuk dalam isu undang-undang murtad.