Tuduhan kononnya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat sekali lagi dalam salah laku seks tidak laku di Port Dickson.
Rata-rata pengundi di PD tidak menyebut langsung mengenai fitnah tersebut.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye, isu tersebut tidak akan menjadi topik perbualan selepas liwat I dan II yang dibuktikan tidak benar dan hanyalah konspirasi politik menjatuhkan Anwar.
“Tuduhan yang dibuat menuduh Anwar Ibrahim kononnya meliwat seorang pelajar dari Indonesia adalah sampah-sarap. Ini menunjukkan dengan jelas pemimpin Umno yang membawa isu itu adalah seorang yang tidak beretika dan langsung tidak mempunyai prinsip .
“Politik yang berasaskan tuduhan palsu akan ditolak 100% oleh rakyat dalam era Malaysia Baru. Masa depan adalah malap bagi Umno kalau ahli-ahli mereka terus berpolitik dengan cara yang demikian,” kata Dr. Lee yang juga Ahli Parlimen Gopeng.
Beliau juga menyatakan rasa kecewa kerana ahli-ahli Umno masih lagi berfikiran kolot dan enggan maju ke depan bersama dengan rakyat Malaysia.
Dr. Lee merumuskan jika Umno terus kekal dengan cara berpolitik yang tidak bermoral, maka mereka pasti akan tenggelam dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Bagi Ng Suee Lim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan pula, tuduhan yang dibuat itu menunjukkan Lokman tidak menghormati pengampunan Yang Dipertuan Agong ke atas Anwar yang membolehkan Anwar menyertai semula pentas politik tanahair. Ini adalah satu perkara yang amat serius.
“Oleh yang demikian, pihak berkuasa mesti mengambil tindakan yang pantas dan tegas terhadap (pemimpin Umno) Lokman Adam (yang memviralkan isu berkenaan di facebook) untuk memberi contoh kepada semua pihak bahawa politik memfitnah dan menghina serta juga politik perkauman tiada tempat di Malaysia.
“Walaupun Malaysia sudah bergerak ke arah era baru, rakyat umum dapat lihat bahawa ada orang Umno dan BN masih lagi mengamalkan cara berpolitik yang kotor. Saya ingin menekankan mulai 9 Mei 2018 tiada lagi masa depan untuk mana-mana parti atau sesiapa pun yang masih ingin bergelumang dalam lumpur politik yang jijik,” tambah Ng.