Susulan banjir kilat yang melanda beberapa negeri semalam dan hari ini Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan kesediaan negeri itu mengahdapi bencana alam berkenaan.
Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir, Zairil Khir Johari berkata, Pulau Pinang telah memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta sebagai persediaan menghadapi kejadian banjir kilat.
Katanya, peruntukan itu melibatkan kerja-kerja kecemasan mengorek sungai dan parit di seluruh negeri semasa musim hujan.
“Saya minta orang ramai bersiap sedia kerana musim hujan secara lazim akan mengakibatkan banjir kilat, khususnya apabila berlaku air pasang besar pada masa yang sama.
“10 hingga 12 Oktober diramalkan akan berlaku fenomena air pasang besar. Jika berlaku hujan lebat, maka risiko banjir itu amat tinggi,” katanya kepada Suara pakatan daily.
Menurutnya, keadaan cuaca juga amat sukar di ramal kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku.
Setakat ini, tiga negeri mengalami bencana banjir kilat iaitu Kedah, Perak dan Selangor.