Niat mengadakan pilihan raya kecil bukanlah untuk mencari musuh tetapi untuk demi masa depan negara, kata Anwar Ibrahim malam ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas hubungannya dengan Dr Mahathir Mohamad yang pernah memecatnya daripada kerajaan pada 1998.
“Kami ada matlamat bersama, iaitu untuk berjuang untuk rakyat bagi meningkatkan ekonomi.
“Hubungan ini diperkukuhkan dengan matlamat bersama untuk selamatkan negara,” katanya.
Anwar bercakap kepada kira-kira 200 orang yang berkumpul mendengar ceramah terakhirnya di Port Dickson malam ini.
Beliau turut menyentuh mengenai peri pentingnya pembangunan saksama untuk memenuhi keperluan rakyat.
“Ketika kita memperluaskan infrastruktur, kita tak boleh melupakan kumpulan berpendapatan rendah,” katanya.
“Kita tak boleh lupa yang pembangunan perlu adil untuk semua rakyat,” kata ketua umum PKR itu. – TMI