Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Syukri Abd. Rajab mewakili mahasiswa dan lapisan masyarakat telah berjaya menghantar memorandum kepada Timbalan Rektor UIA pada jam 2:20 petang semalam selepas selesai solat Jumaat di perkarangan Pejabat Rektor UIA.
Ketika menyampai memorandum bantahan jelas kelihatan pakaian beliau yang tidak terurus dengan kehilangan sebelah kasut ketika berhadapan dengan Timbalan Rektor UIA, beliau berkata: “Saya mohon maaf kerana tidak memakai sebelah kasut akibat merempuh halangan daripada himpunan yang dikelilingi lebih kurang 100 pasukan polis dan orang ramai untuk bertemu dengan Rector UIA”.
Ketika itu Timbalan Rektor UIA bertanya mengapa berliau berkeadaan demikian serta pelbagai soalan lain.
Syukri menjelaskan: “Tidak, saya bukan mahasiswa. Saya Pengerusi SAMM datang ke sini solat jumaat dan menyerahkan memorandum kepada UIA. Keadaan ketika itu agak tegang apabila terdapat ramai polis di situ”.
Himpunan aman seramai lebih kurang 3,000 orang yang terdiri daripada berbagai lapisan pimpinan, masyarakat dan mahasiswa berbagai institusi pengajian tinggi (IPT) memohon agar tindakan yang dikenakan oleh Prof. Aziz Bari di pertimbangkan dan ditarik serta – merta.
Syukri bersama saf pimpinan SAMM berkata, tujuan beliau bersama yang lain adalah untuk menyerahkan memorandum suara hati mahasiswa dan lapisan masyarakat ke atas tindakan pergantungan jawatan yang dikenakan ke atas Prof. Aziz Bari.
“Apa yang dilakukan oleh UIA keatas Prof. Aziz Bari menggambarkan institusi akedemik yang sangat tertutup dan sempit.
“Mengapa tindakan dikenakan keatas beliau sedangkan Prof. Aziz Bari bercakap atas kajian, bukti dan fakta yang kukuh melalui buku yang di tulis. Tindakan UIA dengan menggantungkan jawatan beliau adalah tidak wajar dan sangat terdesak.
“UIA seharusnya sedar dengan tindakan yang dibuat keatas seorang Proffesor yang sangat terkenal dengan ilmu perundangan bukan sahaja memberi kesan kepada UIA tetapi akan memberi kesan kepada institusi pengajian yang lain,” katanya.
Tegasnya, UIA harus memberi kebebasan bersuara kepada semua pensyarah dan mahasiswa tidak kira apa juga konsep akedemik yang diamalkan. Selagi mana ia amalkan konsep ilmiah dan fakta maka ia perlu diterima dan dihormati.
“Apa guna Mahasiswa belajar dengan melihat apa yang berlaku keatas Prof. Aziz Bari yang merupakan salah seorang akedemik yang tinggi menggunakan ilmu untuk berhujah telah dikenakan hukuman menggantungkan jawatannya”.
“Apa guna mahasiswa belajar, jika ini nasib yang akan di tempuh oleh Mahaiswa pada masa akan datang.
“Hak kebebasan Akademik boleh diberikan hukuman jika ahli Akademik memutar belitkan fakta sehingga terjadinya fitnah, tetapi dengan memastikan ianya benar-benar menjadi fitnah dan berniat jahat.
“Saya yakin Prof. Aziz Bari tidak pernah berniat jahat bahkan memperbaiki budaya masyarakat Malaysia dalam dunia politik”, kata Syukri ketika menyampaikan memorandum kepada Timbalan Rektor UIA.
Sementara itu, Naib Presiden Keadilan Nurul Izzah Anwar yang turut hadir dalam himpunan aman itu memberi sokongan bantahan sepenuhnya ketas tindakan yang tidak wajar oleh UIA kepada Prof. Aziz Bari.
“Saya pernah untuk memohon menyambungkan pelajaran di UIA tetapi ditolak disebabkan ketika itu ayah saya Datuk Sri Anwar Ibrahim di penjara.

Nurul Izzah tengah bersama Tian Chua dan peserta himpunan
“UIA dan parti politik yang sangat sempit pemikirannya ketika itu, bimbang jika kehadiran saya di UIA ini akan memberi tekanan politik dan terus mempengaruhi pimpinan dan mahasiswa disini.
“Tragedi 13 tahun lalu, kita nampak tindakan yang sama diberikan kepada Prof. Aziz Bari yang merupakan Ahli Akademik yang sangat terkemuka disebabkan kuasa politik yang menggila oleh pihak tertentu,” katanya.
Beliau menyeru mahasiswa dan semua rakyat Malaysia agar tidak berdiam diri dan wajib menentang kezaliman ini agar semua institusi pendidikan di Malaysia ini bebas daripada cengkaman kuasa politik. Itulah kewajipan kita yang harus kita lakukan. Pihak UIA juga harus menarik balik serta-merta tindakan yang dikenakan keatas Prof. Aziz Bari.
Nurul Izzah yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai mengingatkan kepada kerajaan Pusat (Umno-BN) dan UIA agar buka mata dengan hampir 3, 000 yang berhimpun. Generasi baru lebih tahu apa yang berlaku dengan politik sekarang dan mereka inginkan perubahan.
Sebelum bersurai dari himpunan itu beliau melaungkan slogan “ Jangan Takut dan Gentar , LAWAN TETAP LAWAN” dengan disambut laungan yang sangat gemuruh oleh semua yang hadir.
Turut hadir memberi sokongan bantahan agar keadilan diberi kepada Prof. Aziz Bari, Saf Pimpinan Pakatan Rakyat (PR), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Amiruddin Shari, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Mahasiswa melahirkan puisi membela profesor Aziz Bari:
Jika Hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika Hari ini Raja menaiki takhta,
Jika Hari Ini Presiden sebuah negara,
Jika Hari ini siapa saja menjadi dewa
Guru kami Prof. Dr Aziz Bari kini menjadi mangsa
Apabila berkata benar mengikut ilmunya yang luas dalam bidang Perundangan