ULASAN: Kerajaan Kelantan tidak sepatutnya mengheret rakyat untuk menyertai himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).
Tindakan kerajaan negeri yang mengumumkan cuti peristiwa semata-mata untuk menggalakkan rakyat menyertai himpunan tersebut bukan sahaja tidak masuk akal, malah boleh menjejaskan produktiviti kerajaan negeri.
Sebuah kerajaan tidak seharusnya dilibatkan untuk sesuatu himpunan berunsur politik.
Umum mengetahui himpunan tersebut menarik penyertaan beberapa parti politik pembangkang, justeru mengheret rakyat demi kepentingan politik mereka adalah sesuatu yang dangkal.
Tambahan lagi kerajaan Pakatan Harapan sudah menyatakan dengan tegas bahawa Malaysia tidak akan meratifikasi Icerd.
Sehubungan itu segala bentuk himpunan bagi membantah Icerd hanyalah kerja sia-sia dan tidak terlebih daripada menyusahkan rakyat disamping membina persepsi negatif terhadap terhadap kerajaan.
Saya menyeru Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob untuk menarik balik cuti tersebut dan berhenti mempergunakan rakyat Kelantan untuk tujuan berpolitik.
_______________________________________________________________________________
SYED BADLI SHAH SYED OSMAN ialah naib ketua Pemuda PKR.