Dua tahun selepas peristiwa rampasan kuasa di DUN Perak akhirnya ADUN Kawasan Aulong, Yew Tian Hoe diberi kemenangan oleh Mahkamah Tinggi dan rayuan terhadap serangan yang dilakukan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Hee Yit Foong yang menggunakan alat semburan serbuk lada pada sidang DUN Perak, 7 Mei 2009.
Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Dr Raja Ahmad Al-Hiss mengucapkan tahniah kepada ADUN Aulong, bahawa kebenaran akhirnya terserlah selepas beberapa tahun.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Aulong, Yew Tian Hoe kerana memenangi kes rayuannya berikutan Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa mahkamah itu tiada sebab untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membuat keputusan pada 14 Jun 2011 yang lalu.
“Dengan kemenangan Yew jelas mengesahkan bahawa Datuk Hee terbukti bersalah membawa alat serbuk semburan lada di dalam Dewan pada 7 Mei 2009 yang lalu,” katanya.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS mendesak Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak memanggil Datuk Hee untuk memperjelaskan perkara tersebut dan mengambil tindakan ke atas beliau
“Jelas terbukti niat Datuk Hee ingin mencederakan ADUN pada Sidang DUN tersebut dan juga jelas adalah satu kesalahan membawa senjata di dalam Dewan yang mulia.
“Kami mendesak agar Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak memanggil Datuk Hee untuk memperjelaskan perkara tersebut dan Jawatankuasa perlu mengusulkan pada Sidang DUN, 21 Oktober 2011 ini agar mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan dalam Perintah Tetap DUN Perak.
“Keduanya, jelas juga bahawa Datuk Hee telah berbohong menafikan alat semburan serbuk lada yang telah digunakan dan hilang integriti sebagai penyandang Timbalan Speaker DUN Perak selama ini. Ini kerana seseorang Speaker atau Timbalannya perlu berkata jujur dan tidak bercakap bohong, kami juga mendesak agar Datuk Hee meletakkan jawatanya bagi memelihara kesucian DUN Perak kerana tercemar dengan seorang yang tidak bertanggungjawab.
“Jika Datuk Hee gagal meletakkan jawatanya, sudah tentu institusi DUN Perak akan dipandang rendah oleh seluruh masyarakat umumnya,” tegas beliau.
Hee membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan. Pada 27 Oktober lalu rayuannya ditolak oleh Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Sulong Matjeraie yang bersidang pada 27 Oktober yang lalu bersama Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Clement Allan Skinner . Mereka berpuas hati bahawa mahkamah itu tiada sebab untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 14 Jun 2011 yang lalu.