Sehingga pukul 6.00 petang, 14 Pusat Daerah Mengundi (PDM) selesai dikira, iaitu 10 di Jelai dan 4 di Tanah Rata. Keputusannya Pakatan Harapan kalah teruk di DUN Jelai.
Majoriti yang diperolehi BN sebanyak 5,734 hampir sama dengan yang mereka dapat dalam pilihan raya umum ke 14 lalu (5,858) biar pun pengundi luar tidak pulang mengundi. BN menang semua PDM.
Potensi BN menang secara keseluruhan adalah besar kerana peratus mengundi di sebahagian PDM kubu DAP di DUN Tanah Rata tidak sampai 50 peratus.
Manakala angka terbaru keputusan keseluruhan PRK Cameron BN mendapat 12,321 undi sementara PH 9,457 undi. BN berjaya menambah lebih 2,000 undi majoriti berbanding PRU 14 lalu
Dijangka PH mendapat tidak lebih 10% undi di DUN Jelai, sebagaimana PRU 14.