Via WhatsApps
Baru baru ini tular berita mengenai inisiatif Kerajaan Negeri Terengganu memperkenalkan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah untuk membantu usahawan.
Ini satu usaha yang sangat bagus. Inisiatif inistaif sebegini memang selari dengan tema ‘social finance’ dan ‘financial inclusion’ yang ingin dikembangkan oleh Bank Negara Malaysia.
Tetapi yang tak berapa bestnya, penyokong penyokong parti pemerintah Negeri Terengganu ada sebahagiannya terlalu taksub sehingga mengatakan ‘Terengganu negeri pertama’ atau ‘Negeri Islam sahaja seperti Terengganu yang buat begini’.
Perkara ini tak berapa tepat.
Ini adalah kerana inisiatif seperti ini sudah lama diperkenalkan di Negeri Pulau Pinang sejak 2009 (ya negeri pimpinan kafir harbi bagi pandangan sesetengah pihak), dan sudah ada di Selangor sejak 2014.
Di Pulau Pinang, peniaga boleh membuat pinjaman dan tidak akan dikenakan sebarang faedah dan apa apa caj pengurusan bagi pinjaman kali pertama.
Skim ini mula mula dulu dinamakan sebagai Projek Titian Saksama Rakyat dan dijenamakan semula sebagai Skim Pinjaman Harapan pada tahun lepas.
Menariknya, mengikut statistik, hampir 80% penerima Skim Pinjaman Harapan yang dibuat oleh Kerajaan Pulau Pinang ialah peniaga peniaga dari Bangsa Melayu.
Manakala di Selangor, skim yang lebih kurang sama dilancarkan oleh Yayasan Dar Al-Qard Hasan Selangor yang kini dinamakn senagai Yayasan Hijrah Selangor.
Masalah kerajaan PH sekarang ialah tak pandai nak ‘gebang’ inisiatif yang mereka buat dan terlalu sibuk dengan melayan troll bodoh pembangkang. Sepatutnya fokus dengan menghebahkan inisiatif kerajaan pusat dan negeri kepada rakyat.