Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Taman Melawati pada 4 Februari lalu ke atas catatan Facebook Dr Muhammad Atiullah Othman
yang menyatakan 40 saksi mendengar ucapan YB Nik Abduh mengaku menerima dana daripada Umno
Laporan yang dibuat oleh Che Amir Farid Che Isahak itu meminta polis menyiasat kesahihan pengakuan Nik Abduh dan kesaksian Dr Muhammad Atiullah dalam hal terbabit.
Beliau dalam laporannya berkata, sekiranya tuduhan tersebut tidak benar maka nama Nik Abduh akan dibersihkan namun sekiranya terdapat bukti salah laku maka pihak berkuasa perlu mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.
Pengadu juga meminta agar SPRM turut menyiasat kes berkenaan.
(Visited 1,498 times, 1 visits today)