Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan dengan telus dan terperinci berhubung skandal RM90 juta yang dikaitkan dengan parti PAS.
Beliau juga percaya badan itu mampu mendapatkan bukti kukuh untuk melengkapkan siasatan.
“Saya kira perkara ini dalam siasatan SPRM dan kita serahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.
“Sudah tentu SPRM akan ambil kira semua aspek dalam siasatan ini termasuk mendapatkan bukti-bukti daripada luar negara dan pihak yang bersedia tampil untuk memberikan keterangan,” katanya yang juga menteri hal ehwal ekonomi ketika mengulas mengenai pimpinan PAS yang sedang disiasat SPRM mengenai penerimaan wang RM90 juta yang dilaporkan Sarawak Report. – TMI