Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya berbangga dengan pengumuman kerajaan Pakatan Harapan untuk memansuhkan bayaran tol di beberapa lebuh raya sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata, perkembangan terbaru itu membuktikan Pakatan Harapan mampu merealisasikan janji manifesto pada PRU14 lalu.
“Ini bukan gimik hanya kerana menjelang PRK Semenyih, tetapi bukti kerajaan Pakatan Harapan mampu menunaikan janji untuk meringankan beban rakyat.
“Najib mungkin menyedari kesukarannya untuk melaksanakan pemansuhan tol pada sebelum ini dan pasti kagum akan kebolehan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya kepada Suara Pakatan Daily.
Menurutnya, pengumuman pemansuhan bayaran tol itu ternyata akan memanfaatkan jutaan rakyat, bukan sekadar pengundi di Semenyih.
“Saya harap ia dapat menghentikan fitnah BN yang kononnya kerajaan Pakatan Harapan tidak dapat menunaikan janji PRU14,” katanya