Kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 lalu hasil kesepaduan rakyat di negara ini harus dipertahankan.
Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin berkata, tahun ini harus menjadi satu wahana baru untuk rakyat Malaysia menjadi teras dan contoh kepada masyarakat dunia yang berani membawa perubahan.
“Tahun ini juga merupakan tahun pertama selepas kemenangan Pakatan Harapan lebih kurang 10 bulan lalu.
“Kemenangan yang dikecapi ini adalah hasil kesepaduan rakyat untuk menolak rejim penguasa yang tidak amanah dan rakus menjarah hasil bumi bertuah ini,” katanya kepada Suara Pakatan Daily.
Menurutnya, kesepaduan itu hendaklah dijana secara berterusan sebagai ‘Ren’ yang membawa maksud sabar, toleransi dan kemampuan mengawal diri.
“Kamu adalah pentadbir, kenapa perlu ada pembunuhan? Jika kamu nak yang terbaik, maka berbuat baiklah kepada rakyat,” katanya.
Justeru itu, Malaysia harus dijadikan contoh kepada masyarakat dunia sebagai bangsa yang membawa perubahan sesuai dengan semangat Reformasi yang selalu dilaungkan selama ini.