Dr S Streram ‘tidak akan menangis’ jika partinya memilih orang lain untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau dengan mengatakan beliau akan menyokong calon pilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
The New Straits Times hari ini melaporkan ahli anaesthesiologi itu berkata dia percaya pada kebijaksanaan kepimpinan parti dalam memilih calon dengan memberikan peluang terbaik untuk menang.
“Saya akan mengetepikan isu peribadi dan melihat kemenangan PKR.
“Saya tidak akan menangis. Saya tidak akan protes jika nama saya hilang,” katanya.
Dalam tempoh 10 bulan terakhir ini dia sudah melawat kampung dan kawasan perumahan bagi menyediakan bantuan kepada rakyat.
“Sebagai sebahagian daripada pasukan, saya akan membantu berkempen untuk calon yang dipilih,” katanya yang menggesa ahli PKR untuk bekerjasama dalam menghadapi PRK DUN Rantau akan datang.
“Saya percaya rakyat di sini akan menyokong PKR dan Pakatan Harapan (PH) untuk membawa perubahan,” katanya. – TMI