Aku masih teringat yg Hadi besa kata yg PAS tak mau kwn dgn UMNO sbb PAS tak mau dokong biawak hidup. Laa dah terbalik.
Yg bewak itu ialah PAS dan yg dokong bewak tu ialah UMNO. Strategi hang salah lagi Tok Mat ooi.
PAS layak digelaq bewak sebab pemimpin-pemimpin depa lidah bercabang, banyak u turn dan banyak bohong. Maklumlah ada bohong syarie dan bohong wajib. Dah macam Syiah pulak yang ada taqiyah.
Baru menang kat Semenyih dah Tok Mat kata gabungan NOPAS akan berjaya. Di Semenyih tu undi protes. Org protes calon sebab aku tengok calon memang tak layak langsung.
Simple English pun tak faham. Cakap pulak merapu. Lain kali kalau nak pilih calon buatlah interview sikit. Nak jadi tukang sapu pun kena interbiu, tak kanlah nak jadi wakil rakyat boleh pilih sembrono saja.
UMNO sebenaqnya amat rugi bila memilih PAS untuk jadikan gabungan. PAS cuma ada 18 kerusi. Lagi pun bila pilih PAS sebagai gabungan beberapa perkara akan berlaku:
- Undi bukan Melayu akan 100% dapat kepada PH. MCA dan MIC boleh sayonara…
- UMNO akan hilang banyak kerusi di Sabah sebab orang Sabah ni bukan takat tak mau undi PAS, tapi nama PAS pun depa x mau dengaq.
- Undi Sarawak langsung UMNO tak boleh dapat sebab menang dah tabiat orang Sarawak sentiasa menyokong kerajaan memerintah.
- NOPAS mungkin rasa depa boleh menang banyak kerusi di Semenanjung, lebih kurang 30 kerusi bila bergabung. Tapi depa lupa itu akibat persempadanan semula kawasan pilihanraya yang BN buat dulu. Depa cuba mengekang pengundi bukan Melayu daripada mengundi dalam kawasan Melayu. Lepas ini PH sempadankan semula kawasan pilihanraya.
- Ada lagi 4 tahun sebelum PRU ke 15. Banyak jasa PH buat dan ramai pula para kleptokrat UMNO dan pemimpin-pemimpin PAS masuk penjara. Ini menjadikan nama NOPAS
semakin busuk dan dilupakan rakyat. SAYONARA NOPAS…