Cili Pedas untuk Najib dan gerombolannya
Ye lah sejak akhir-akhir ini berlaku apa yang dikenali sebagai gelombang rakyat suara rakyat dan juga hasrat hati nurani rakyat yang telah sekian lama memendam rasa dan memekak telinga mereka dari mendengar kebobrokan pemerintah maka hasilnya rakyat bangkit persis bangkitnya revolusi-revolusi yang sebelum ini berjaya menukar kuasa-kuasa di dunia ini.
Apa yang berlaku di Tunisia sebelum Mesir ialah ketua negara samada namanya Presiden, perdana Menteri, menteri atau apa-apa saja namanya sering mengambil kesempatan membolot harta kekayaan negara mereka sendiri dan dibantu oleh juak-juak dan pegawai-peagwai yang setia dan sempat mengambil sedikit keuntungan dari kerja jahat ketua mereka.
Di negara Malaysia pun tidak kurang repot-repot polis dan pendedahan demi pendedahan yang dibongkar oleh pelbagai sumber bahawa ada pemimpin sejak zaman berzaman lagi mengumpul kekayaan luarbiasa dari kedudukan politik mereka dan mereka ini menyimpan harta itu bukan di Malaysia tetapi di luara negara. Dan ada juga yang mempunyai dua taraf kerakyatan samada jepun, Australia atau mana-mana negara yang sanggup menerima mereka.
Kisah Isteri Presiden dan Perdana Menteri Luar Negara
Alih-alih dikabarkan isteri presiden Tunisia Zainal Abidin Ali mempunyai jutaan dolar simpanan dan banglo mewah yang berada di luar negara hasil rompakan duit dan wang rakyat Tunis selama ini. Sejak rakyat bangkit bangun menggulingkan mereka baru didedahkan kekayaan masing-masing. Kalau tidak sedikit beritapun tidak dapat disiarkan. Di Mesir kekayaan Mubarak bersama isterinya bakal didedahkan oleh rakyat setelah beliau melarikan diri hasil subahat pihak tentera dan Amerika.
Kalau kita lihat fenomena di Malaysia pula sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor baru tahu bekas Menteri Besarnya terdahulu iaitu doktor gigi Mohd Khir Toyo tak kurang hebat kekayaanya walaupun baru memegang kuasa di Selangor. Dia joli sakan dengan keluarga dan kroninya di luar negara dan ada harta milik kerajaan di Saudi Arabia atas nama nya kononya syarikat tidak dibenarkan memiliknya hanya nama personal. Begitu juga di Terengganu bekas Menteri Besarnya didapati memiki harta yang tak kurang berharga nilainya. Di Pulau Pinang juga dapat dibongkar beberapa penyelewengan yang belaku di zaman Koh Tsu Koon.
Pesanan dan Ingatan untuk rakyat di Malaysia
Jangan sampai kita jadi macam Mesir dan Tunisia baru hendak berkhemah di Putrajaya dan Dataran Merdeka mendesak BN turun kuasa.
Jangan sampai duit kita hancur jatuh baru nak tanya BN.
Jangan sampai barangan naik hingga rakyat tak mampu membelinya.
Jangan sampai simpanan negara kering dikikis oleh gerombolan.
Jangan sampai itu dan ini baru kita rasa menyesal, mala UBAH LAH SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT.
CILI – jangan sangka rakyat diam dan Tenang dan Galas menang rakyat tidak akan mengubahnya dalam PRU 13 nanti.