Pakatan Harapan mengadapi masalah mengeluarkan pengundi pada pilihan raya kecil DUN Rantau.
Data keluar mengundi yang dikeluarkan pada pukul 11.00 pagi tadi mendapati kawasan kubu BN seperti Kampung Sendayan, Taman Angsa Emas dan lain-lain mencatat peratusan menghampiri 50%. Kubu Pas di Kampung Sega juga sedemikian.
Sementara di kawasan kubu PH seperti pekan Rantau yang didominasi Cina peratusan keluar mengundi hanya sekitar 30%. Seolah-olah pengundi PH memboikot dan tidak mahu memenangkan Dr S Streram.
Begitu juga di bandar-bandar lain seperti Bandar Ekar dan Sendayan yang diharap golongan pertengahan akan memberi sokongan kepada PH.
Sekiranya peratusan keluar mengundi di bandar dan sub bandar Rantau tidak berubah menjelang pukul 5.00 maka calon BN Mohamad Hasan diramal menang selesa majoriti lebih 2,000 undi.
Peratusan keluar mengundi:
Pusat mengundi
- KAMPONG SENDAYAN 220/431 (51.04%)
- SENDAYAN 558/1,885 (29.40%)
- TMN KELAB TUANKU 533/1,131 (45.36%)
- KAMPONG MAMBAU 110/324 (33.64%)
- KAMPONG BEMBAN 180/322 (54.22%)
- KUALA SAWAH 480/1,487 (31.94%)
- KPG SRI LALANG 301/774 (38.89%)
- KAMPUNG SEGA 406/947 (41.09%)
- PEKAN SAGGA 171/415 (40.62%)
- RANTAU 381/1,209 (31.51%)
- LINSUM 345/819 (41.62%)
- KAMPONG SILIAU 294/792 (35.94%)
- ANGSA EMAS 439/1,056 (41.57%)
- BANDAR EKAR 268/871 (30.77%)